Wednesday, February 25, 2009


RIBA DALAM WANG KERTAS


Sistem ekonomi sekarang yang tidak seimbang ini tidak tergugat kerana telah berjaya mengalihkan tumpuan dari pekara – pekara berkaitan ekonomi kepada politik.Sistem ekonomi yang berat sebelah ini tidak dihiraukan kerana seluruh tenaga difokuskan kepada pekara – pekara politik. Oleh itu pekara – pekara ekonomi tidak dipersoalkan dan terus berjalan seperti biasa.Sedangkan asas atau punca kepada sistem yang kita panggil kapitalis adalah riba. Riba itu sendiri adalah tidak seimbang. Riba yang bersistemetik melalui Bank telah menukar perjanjian perompakan sebagai dominasi ekonomi. Selagi kita menjadi hamba kepada riba selagi itulah Negara umat Islam akan menjadi hamba.
Oleh itu memahami riba sangat penting dalam memahami Kapitalisme. Pemahaman Islam tentang riba akan mengujudkan kembali cara mu’amalat kita dan mencari pendekatan mengatasi sistem semasa. Riba bukan sahaja negatif tetapi ia membuka jalan yang positif kepada pekara yang halal. Apabila kita masih lagi keliru dengan halal dan haram amat mudahlah untuk musuh kita memusnahkan kita. kini kita berhasrat untuk memahami apa itu riba.
Firman Allah yang bermaksud :"Allah telah menghalalkan Perdagangan dan mengharamkan Riba" (Quran 2:275)Riba adalah bertentangan dengan jual-beli (Perniagaan atau Perdagagan), ia merosakkan jual-beli. Tidak ada perniagaan dengan riba atau riba dengan perniagaan. Tetapi riba adalah asas kepada wajah kufur hari ini iaitu kapitalisme. Dengan sebab ini Riba menjadi isu politik yang paling penting yang dihadapi oleh umat Islam. Riba memberi kesan kepada setiap aspek dari kehidupan kita dan ini dapat dijejaki kepada dua institusi iaitu Bank dan Negara. Walaupun sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam.
Kebanyakan orang mengenali riba hanya sebagai bunga ( interest ). Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks. Silap faham ini bukan sahaja kerana silap kiraan tetapi hasil dari pembelajaran dan doktrin palsu yang membawa kepada kejatuhan kuasa politik ummah yakni Khilafah Islamiah dan proses Islamisasi atas pembaharuan yang datang berikutnya. Silap faham ini telah membuka pintu “ Islamisasi “ kepada institusi terpenting Kapitalisme iaitu Bank. Apa itu pasar terbuka untuk perniagaan menjadikan Bank itu untuk riba.
Riba yang diislahkan membuka jalan kepada promoter – promoter Bank Islam menhalalkan tindakan mereka.Sebab itu cukup penting untuk kita memahami masalah fiqah yang sebenar supaya dapat dibezakan yang mana halal dan yang mana haram. Ini sangat penting bagi mengatasi kapitalisme dan kuasa illusinya. Pengenalan yang ringkas ini moga – moga dapat memberi gambaran isu riba dalam shariat Islam dan membuka pekong keraguan yang cipta oleh ulamak moden.
Riba dari segi bahasa bermaksud “ lebihan ”dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, didalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima. Lebihan ini merujuk kepada dua pekara :
1] setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.2] setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan. Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba kepada dua jenis.
Ibn Rushd berkata:“Fuqahak bersependapat bahawa riba didalam jual beli ( perniagaan ) ada dua jenis : penangguhan ( nasi’ah ) dan lebihan yang ditetapkan (tafadul)”
Dengan maksud, ada dua jenis riba:1] Riba al-Fadl (lebihan dalam penambahan )2] Riba al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan)Riba al-fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan. Riba al-nasiah merujuk kepada masa yakni penangguhan.Riba al-fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman, riba al-fadl adalah interest/bunga yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi.Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110.Ini termasuk juga yang dilarang apabila dua transaksi jual-beli (aqad) dihubungi dengan satu transaksi (aqad) – dikenali sebagai dua jual-beli dalam satu, dimana satu pihak dikehendaki menjual sesuatu pada satu harga dan menjual semula dengan tempoh tertentu dengan harga yang lebih rendah kepada penjual yang mula tadi. Sebenarnya, ini adalah dalih bagi mendapatkan pinjaman dengan bunga/interest atas nama jual beli. Tidak ada sesiapa pun yang perlukan alasan atau dalih untuk mendapatkan pinjaman terus dari Bank hari ini tetapi Perbankan Islam telah kembali kepada muslihat ini bagi memperdayakan pelanggan mereka dengan menyelewengkan makna “ murabaha “.Memahami Riba al-nasiah adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil. Ini merujuk kepada pemilikan ( ‘ayn) dan bukan pemilikan (dayn) sebagai alat pembayaran ( emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang ). ‘Ayn ialah barang yang nyata dan selalu dirujuk sebagai tunai ( fizikal ). Dayn adalah nota janji untuk membayar atau suatu hutang atau apa barang dimana penghantaran atau pembayaran ditangguh. Menukar (safr ) dayn dengan ‘ayn samalah seperti Riba al-nasiah. Menukar dayn dengan dayn juga dilarang. Didalam penukaran hanya ‘ayn dengan ’ayn diizinkan.Banyak hadis yang menyokong isu ini.
Riwayat Imam Malik dalam Muwatta’:
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata, "'Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa' untuk sa'. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan.'"
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa Abu'z-Zinad mendengar Sa'id al-Musayyab berkata, "Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur oleh makanan dan minuman." Seorang ulama bermazhab Hanafi Abu Bakr al-Kasani (w. 587H) menulis :“Bagi riba al-nasa’ ialah perbezaan (tambahan) antara tamatnya penangguhan dengan tempoh penangguhan dan perbezaan (tambahan) antara pemilikan (‘ayn) dan tanpa pemilikan didalam barang yang diukur dan ditimbang samada didalam barang yang tidak sejenis atau barang yang sejenis. Mengikut Imam Shafi’i ini merujuk terutamanya kepada perbezaan pada tamatnya penangguhan dan tempoh penangguhan didalam makanan dan logam yang berharga ( dengan nilai wang ).”'
Riba al-nasiah merujuk terutamanya kepada penggunaan dayn dalam petukaran (sarf) barang yang sama jenis. Tetapi larangan ini dilanjutkan dalam jul-beli secara am dimana dayn sebagai matawang sudah melewati batasan kontrak peribadi kepada alat pertukaran (sebagai wang ) yang menggantikan ‘ayn. Imam Malik, r.a.,menunjukan pekara ini didalam 'Al-Muwatta':
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, "Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?" Ia menjawab, "Naudzubillah! Apakah itu?" Ia berkata, "Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya." Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba , resit (dayn) 'dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang'. Emas ,perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang.Secara umumnya, peraturannya ialah kamu tidak boleh menjual sesuatu ada disitu dengan suatu yang tiada. Amalan ini dipanggil Rama’ dan ini adalah Riba. Imam Malik menyambung :’Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata “ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba.
Rama’ adalah amalan biasa dalam pasar kita sekarang ini. Matawang dayn ( wang kertas,resit) telah mengantikan matawang ‘ayn (dinar,dirham). Inilah yang dimaksud oleh Umar ibn al-Khattab apabila dia berkata saya bimbang Rama’ keatas kamu.
Jual-beli dengan penangguhan tidak terhad atas logam sahaja tetapi termasuk makanan. Kata Malik “ Rasullulah s.a.w melarang makanan dijual sebelum makanan tersebut diserah “.Oleh itu apa yang dilarang didalam riba al-nasiah ialah penambahan palsu yang tidak sepatutnya ada dalam transaksi secara fitrah . Apakah yang dimaksud dengan palsu dan fitrah disini ? Maksudnya setiap transaksi mempunyai keadaan masa dan harga.
Pinjaman melibatkan penangguhan tetapi bukannya lebihan kuantiti. Seorang memberikan sejumlah wang , selepas jangka masa waktu tertentu wang tersebut dipulangkan tanpa sebarang tambahan. Tambahan masa adalah halal tetapi tambahan kuantiti apabila dipulangkan adalah haram . Ini adalah riba al-fadl.
Pertukaran ( as-sarf ) tidak boleh melibatkan penangguhan dan tambahan kuantiti. Apabila seorang memberi wang, yang sama diberikan tanpa penangguhan. Penangguhan tidak dibenarkan dalam pertukaran. Jika kamu mahu melambatkan pembayaran, kamu harus jadikan ia sebagai pinjaman, kamu tidak boleh menjadikan pinjaman sebagai sesuatu yang tersembunyi disebalik ‘ Pertukaran yang ditangguhkan ‘. Pertukaran yang ditangguh dipanggil riba al-nasiah.
Sewaan melibatkan penangguhan dan penambahan dan ianya halal. Apabila kamu menyewa sebuah rumah , kamu telah memgambil rumah tersebut untuk tempoh waktu tertentu ( penambahan ) dan sebagai balasannya kamu membayar sewa ( penambahan ). Penambahan ini dalam masa dan kuantiti dibolehkan dan halal.
Tetapi kamu hanya boleh menyewakan barang yang hanya boleh disewa. Kereta, rumah atau kuda, wang atau makanan tidak boleh disewa, untuk berpura – pura wang boleh disewa akan merosakkan transaksi jual beli dan menjadikannya riba.
Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri. Kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba. Oleh kerana dayn itu sendiri adalah penangguhan , penggunaan dayn hanya dihadkan penggunaannya secara individu dan dilarang digunakan sebagai medium untuk pembayaran. Dayn adalah halal, menggunakannya sebagai matawang adalah haram. Dayn adalah kontrak persendirian antara dua individu dan akan terus menjadi kontrak dalam skop persendirian. Perpindahan dayn dari seorang ke seorang yang lain boleh dijalankan, secara Islamnya dengan menyelesaikan dayn yang pertama dan membuat dayn yang baru. Dayn tidak boleh diedarkan diluar batas kontrak individunya dan bebas merata. Pemiliknya mesti mengambil barang sebagimana yang tertera pada dayn dan melupuskan dayn tersebut. Dayn tidak boleh digunakan sebagai alat tukaran dan digunakan sebagai medium pembayaran, oleh itu dayn tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.
Silap faham masalah riba oleh golongan Intelektual Moden
Golongan pembaharuan Islam berusaha menyamakan riba dengan riba al-fadl sahaja dan mengabaikan riba al-nasiah. Dengan mengatakan riba hanyalah bunga/interest adalah sebahagaian daripada kekeliruan ini. Kesilapan mereka bermula dari kumpulan awal tajdid baru ini, terutamanya Rashid Reda. Rashid Reda memberi pengkelasan baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara teks sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).
Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.
Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.
Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan moden. Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi.
Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah.
Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.
Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :
Kesimpulannya, pandangan Syaikh Rashid Reda dari Mesir adalah seperti berikut :A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/coumpand interest dilarang dengannya.
B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ). Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/coumpand interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan pada mata wang ).
Sebenarnya kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.
Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.Implikasi dari kedudukan intelektual moden. Dengan mengabaikan makna sebenar riba al nasiah , mereka mengelak daripada menyentuh tentang isu mata wang kertas. Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas. Sebab mereka mengambil sikap yang memutarbelitkan makna riba secara jelasnya ialah untuk menghalalkan suatu yang tak terfikir : Perbankan. Inilah justifikasi kepada apa yang dipanggil Perbankan Islam. Konsep darurah bersama penyingkiran riba al-nasiah memberi mereka alasan untuk membenarkan penggunaan duit kertas dan seterusnya menggunakan kaedah fractional reserve banking (Rezab Simpanan Bank ) yang menjadi asas kepada perbankan moden hari ini.
Tambahan :
Oleh itu menyamakan wang emas dengan wang kertas kerana kedua—duanya wang adalah tidak tepat sama sekali.
Wang dalam Islam ialah berdasarkan ’ayn emas dan perak ( Nuqud Shar’ii) bukan wang yang diberi nombor atau diberi nilai.
Wang yang beredar sekarang 5% dalam bentuk tunai (kertas/note) sedangkan 95% lagi berbentuk elektronik (wang sekarang ialah satu signal elektronik dari satu komputer ke satu komputer yang lain ).
Oleh sebab itu apabila wang ini meningkat jumlahlah dipasaran berlakulah inflasi.

Sunday, February 15, 2009


Lima Jalan Kemenangan Dinar


Menjelang akhir tahun 2008 yang baru lalu ,nilai tukar dinar emas telah melampaui RM 460/dinar. Ini merupakan angka tertinggi sepanjang 2008. Pada akhir tahun 2007 lalu, nilai tukarnya masih di bawah RM 380/dinar. Maknanya dalam satu tahun ini dinar emas telah mengalami peningkatan sebanyak 22%. Kalau kita melihat ke belakang, sehingga akhir tahun 2002 ketika dinar mulai dicetak dan diedarkan , di akan terlihat perubahan yang jauh lebih nyata. Ketika itu nilai tukar dinar adalah disekitar RM 140/dinar. Maka, peningkatannya adalah 228%. Maka, rata-rata (secara flat) peningkatan tahunannya dalam tempoh ini adalah 32.6% setahun.Bagaimana prospeknya di 2009? Tidak boleh dipastikan, kecuali bahawa secara kasarnya akan terus mengalami peningkatan dalam keadaan normal sekitar 25-30% keatas. Tetapi, kita semua tahu, 2009 adalah tahun ketika krisis global yang tengah kita alami dalam beberapa bulan terakhir ini akan menjadi semakin parah. Para penganalisa antarabangsa menjangka harga emas dunia akan mencapai USD 1,800-2,500/ounce. Ketika ini, dengan nilai tukar dinar RM 480, harga emas dunia baru sekitar USD 930/ounce. Jadi, kalau harga emas berlipat dua kali ganda sahaja, maka nilai tukar dinar pada akhir 2009 boleh mencapai lebih dari RM 550/dinar.
Kekuatan dinar emas, dengan begitu, tidak perlu diragukan lagi. Kemenangan dinar emas dan dirham perak atas sistem riba adalah sebuah kenyataan. Setiap kali sistem wang kertas mengalami krisis, dan terus melemah, setiap kali pula dinar emas dan dirham perak mendapatkan kekuatan barunya. Meskipun begitu jalan untuk menuju kemenangan ini masih panjang. Berikut adalah beberapa langkah yang masih harus kita usahakan. 1. Perluasan Peredaran Dinar dan Dirham Pada tahun 2009 jumlah wakala harus bertambah, kerana minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam mengedarkan dinar dan dirham juga semakin tinggi.
2. Pembayaran Zakat3. Jaringan Pemakai Dinar dan DirhamKetika ini kita tidak dapat mengira lagi berapa jumlah orang pemakai dinar dan dirham , apalagi Yang jelas semakin hari semakin bertambah jumlahnya. Namun, jumlah yang besar semata bukan tujuan pengedaran dinar dan dirham, kalau koinnya berhenti di poket masing-masing. Dinar dan dirham harus beredar, berpindah dari tangan ke tangan, melalui transaksi. Kerana itu dinar dan dirham harus segera digunakan sebagai alat tukar. Jaringan antara pemakai dinar dan dirham diperlukan untuk terjadinya transaksi ini. Untuk itu, salah satu prioritas program Wakala Induk Nusantara pada 2009 ini, adalah menyiapkan fasiliti sarana pembayaran (payment system), berasaskan komunikasi data bergerak (mobile payment system) ataupun kad (smart card payment system). Pemakai dinar dan dirham, dengan demikian, akan terdiri dari dua kategori yakni pembeli dan penjual, baik perkhdmatan maupun produk. Dengan adanya fasilitis sistem pembayaran maka kita akan dapatkan jaringan pengusaha dan pedagang penerima dinar dan dirham sebgai alat tukar. 4. Jaringan Perdagangan InternasionalDinar emas dan dirham perak adalah alat tukar yang universal, tak mengenal batas negara.Kawasan terdekat kita sebagai tempat beredanya dinar emas dan dirham perak adalah Malaysia. Selain itu juga beredar di Dubai, di Afrika Selatan; sertaSepanyol, England, Jerman, dan Mexico, dalam jumlah yang jauh lebih kecil. Kerana itu, , pemakaian dinar emas akan efektif sebagai jalan masuk pengembangan jaringan perdagangan antrabangsa. Untuk tahap ini, pemakaian dinar emas dan dirham perak, tidak lagi memadai dalam bentuk fisik al semata. Ia harus dibantu dengan sistem elektronik yang lebih luas, melalui jaringan Internet. Di sinilah peranan e-Dinar akan menjadi penting. Saat ini e-Dinar telah beroperasi secara internasional, dengan jumlah pemakai sekitar 2 juta orang. Namun, sama dengan persoalan dinar fisikl yang ada ketika ini, pemakaiannya juga masih terbatas di kalangan penabung, belum efektif sebagai alat tukar dalam perdagangan. Integrasi wakala-wakala di Indonesia/Malaysia dengan sistem e-Dinar akan menyatukan umat Islam seluruh dunia melalui perdagangan. 5. Pengakuan Umum Dinar sebagai Alat TukarSejak zaman dahulu, sampai sekarang ini, dan kelak di kemudian hari pertukaran barang dan khimat dengan dinar emas dan dirham perak selalu mengikuti hukum pasar/market demand. Artinya dasarnya adalah suka sama suka. Ini adalah terbalik dari sistem wang kertas yang didasarkan pada pemaksaan melalui undang –undang (Legal Tender Law). Kerana itu, kita memang tidak mengalakan pengesahan dinar emas dan dirham perak sebagai alat tukar sah melalui undang-undang sebuah negara. Pertukaran sukarela akan terjadi ketika kesedaran masyarakat telah pulih, bahwa alat tukar yang adil haruslah berupa komoditi, dan bukan secarik kertas yang tidak berharga. Kesedaran itu akan pulih ketika masyarakat pemakai koin ini telah mencapai jumlah tertentu (critical mass) hingga kehadirannya dalam masyarakat dirasai. Tahap ini, tentu saja, akan terjadi ketika pencapaian pada tahap ke-4 di atas, telah cukup memberikan impak. Hal yang terpenting kita pahami bersama adalah tercapainya ke-5 Jalan Kemenangan Dinar di atas sepenuhnya bergantung pada kita sendiri. Tidak perlu saling menunggu, juga tidak perlu menggantungkan pihak lain untuk melakukannya. Masing-masing dari kitalah, para individu merdeka ini, yang menentukannya. Maka amalkanlah yang boleh kita amalkan. Mulailah dengan mengupayakan agar setiap orang, setidaknya setiap keluarga, memegang dan menyimpan 1 koin dinar emas, pada 2009 ini.

Thursday, November 20, 2008


Krisis Kewangan Global – Perspektif Islam

Bahagian 1



Untuk memahami apa yang berlaku sekarang keatas apa yang dipanggil sebagai krisis kredit, kita perlu memahami dahulu apa berlaku pada tahun 1908, apabila Federal Reserve System dicipta dan apakah agenda tersembunyi pengasas FDR. Jika kita tidak melihat pada sejarah penubuhannya, kita akan gagal melihat secara mendalam isu dimana krisis ini adalah suatu agenda berterusan mereka (FDR).

Analisis saya akan melihat kepada empat aspek Sistem kuasa Kewangan moden (Modern Financial Power System):

1. Wang FIAT: bagaimana wang FIAT (atau wang kosong tanpa sandaran) dicipta.

2. Hilangnya kuasa beli dan inflasi: kesan daripada cetakan tanpa had keatas ekonomi terutamanya kepada anda dan saya.

3. Bank Pusat dan Federal Reserve : Agenda tersembunyi dan objektif kartel Perbankan yang dikenali sebagai Bank Pusat dan Federal Reserve System;

4. Wang sebenar dan ekonomi shari’ah: alternatif kepada ekonomi wang fiat.


Untuk memudahkan cerita, kita akan fokus kepada US Federal Reserve System dan logik yang sama akan digunakan keatas Bank – Bank Pusat yang lain.
Walaupun penerangan saya sangat mudah dan ringkas. Secara teknikal ianya 100% menggambarkan apa yang berlaku.

1. Bagaimana wang FIAT dicipta :

Wang FIAT adalah wang yang dicipta dari atas angin dan wujud melalui hutang kerajaan , hutang perniagaan dan hutang swasta. Ini adalah fakta penting yang perlu kita ingat. Wang FIAT dicipta melalui HUTANG. Kita akan melihat kenapa ini sangat penting.

Penciptaan wang berlaku melalui kepentingan bersama antara kerajaan dan Bank Pusat atau Federal Reserve System milik kartel perbankan persendirian. Kamu akan tertanya – tanya bagaimana wang atas angin boleh wujud sedangkan kita bekerja keras seluruh hidup kita, mencari kehidupan untuk mendapatkan wang yang sama.




Mari kita lihat bagaimana wang FIAT dicipta :

Ini bermula dari kerajaan. Kerajaan tidak ada wang dan memerlukan 10 billion US dollar untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk hari – hari mendatang. Kerajaan melalui Pembendaharan (Treasury) akan pergi ke Fed kerana itulah FED ditubuhkan (membekal wang).

Pegawai FED akan mengeluarkan sebuah cek besar dan memberikan cek tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana wang ini datang. Jawapannya wang tidak ada ! Checking Akaun pun tiada , yang ada hanya buku cek. Wang itu wujud ketika pegawai FED menandatangani cek tersebut. Dicipta atas angin dan dipinjamkan kepada kerajaan dengan bunga (interest).

Jika kamu dan saya berbuat demikian kita akan masuk penjara. FED boleh melakukannya kerana kongres AS yang mahu FED berbuat demikian. Kita akan lihat kemudian kenapa .

Pegawai Perbendaharaan akan mendepositkan cek tersebut kedalam akaun kerajaan di salah satu Federal Reserve System Bank (secara teknikalnya bukan Bank pun) dan kerajaan mula menulis cek untuk membayar perbelanjaan projek – projeknya . Marilah kita lihat bagaimana sebahagian kecil wang ini berada dipihak Bank Kormersial.

Apabila wang ini meninggalkan bahagian kerajaan, ia akan masuk kedalam perbankan kormersial. Sebagai contoh, seorang Posmen menerima cek 100 US dollar dan mendepositkannya kedalam bank berhampiran. Bank dengan cek 100 US dollar tersebut mengistiharkan bahawa bank tersebut boleh memberi pinjaman. Ini menyebabkan mereka yang menunggu untuk mendapatkan pinjaman bergembira, kerana itulah tujuan mereka pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Setengah orang akan rasa ragu – ragu kerana hanya 100 US dollar sahaja dideposit. Pegawai Bank berkata jangan bimbang, kami boleh memberi pinjaman sehingga 900 US dollar. Bagaimana ini boleh berlaku ?

Ini boleh berlaku kerana FED telah mensyaratkan minima 10% pinjaman mesti disimpan ( rizab berkanun – fractional reserve banking). Oleh kerana 100% dari 10% (100 USD) adalah 1000 US dollar, maka Bank boleh memberi pinjaman 900 US dollar dan 100 US dollar disimpan melalui deposit Posmen tersebut. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana pulak wang ini datang. Jawapannya tidak ada. Wang ini datang dari atas angin dan wujud ketika mana anda dan saya menandatangani perjanjian pinjaman tersebut.

Kesimpulannya, atas keputusan kerajaan yang memerlukan 10 billion US dollar, sebanyak 100 bilion US dollar wang baru dicipta atas angin – semuanya diberi pinjaman dengan interest oleh pihak bank. Interest atas angin.
Perbezaan antara kegunaan wang oleh kerajaan dan bank adalah seperti berikut. Kerajaan menggunakan wang kosong tersebut untuk membayar projek mereka sedangkan bank meminjamkan wang kosong tersebut untuk projek kita dengan interest dan mengadaikan asset kita untuk mereka. Bank akan mengambil asset kita jika kita gagal membayar interest. Ketika bank mengutip keuntungan melalui interest , hasil dari usaha kerja kita akan kembali ke bank dalam bentuk interest. Tidak kira samada ketika makmur atau mundur ekonomi, bank mesti menang kerana mereka dicipta sedemikian. Jika kita gagal membayar interest keatas wang yang sebenarnya tiada, bank akan mengambil kereta kita, rumah kita, habis semua asset kita kerana kita telah membuat perjanjian gadaian dengan mereka.

Kamu pasti tertanya – tanya bagaimana bank yang mengutip interest keatas wang yang mereka tiada dan memegang asset kita, boleh bermasalah sebagaimana yang berlaku sekarang. Jawapannya ialah kerana terlalu tamak, mereka memberi pinjaman terlalu banyak dengan deposit yang terlalu sedikit. Jika peratusan kecil sahaja pinjaman gagal dibayar, bank akan gagal memenuhi rizab berkanun mereka. Inilah yang berlaku sekarang tetapi secara salah disebut sebagai krisis kredit. ( Bank kekurangan kecairan – tunai). Krisis sekarang adalah berpunca dari over extension keatas kredit dengan rizab yang kecil. Menghadkan kredit adalah berpunca dari rizab yang tidak mencukupi.

Atas sebab diatas seluruh sistem FIAT hanyalah rumah yang dibina atas kad sahaja, apabila ribut berlaku rumah kad tersebut akan runtuh. Semakin tinggi leverage tersebut, semakin tinggi risiko untuk jatuh.

2. Hilangnya kuasa beli dan inflasi

Oleh kerana wang Fiat ini kosong, maka setiap kali diwujudkan dan disuntik kedalam ekonomi, nilainya akan menjadi susut. Ini seperti menambah air pada semanguk sup – sup menjadi semakin cair. Kita mengalaminya dengan kehilangan kuasa beli atau disebut sebagai inflasi atau fenomena kenaikan harga barangan.

Bank – bank Pusat dengan mencipta wang atas angin ini menjadi pemusnah kepada kuasa beli dan menyebabkan harta hanya berlegar melalui institusi bank dan individu (interest atas wang kosong) yang sedikit sahaja atas orang ramai yang menjadi semakin miskin setiap hari.

Siapa yang mendapat keuntungan dari system ini dan siapa pula yang rugi ? Bagi setiap mereka yang rugi, mesti ada yang untung. Mereka yang mendapat keuntungan ialah mereka yang mula – mula mendapatkan manfaat dari wang baru ini. Kerajaan yang mendapat cek mula 10 billion US dollar dan Bank yang mengeluarkan 900 billion US dollar pinjaman , seterusnya peminjam dan kitalah yang akan mendapat semua susut nilai atas wang baru yang disuntik dalam ekonomi. Yang rugi selalunya kita, yang menang adalah kerajaan dan bank.

Tak kira apa pun orang kata, inflasi adalah cukai yang tersembunyi. Kerajaan lebih suka membelanjakan wang baru dari mengutip cukai. Inilah polisi kerajaan Amerika. Itulah sebab ahli politik lebih suka pada penciptaan wang atas angin dengan bekerjasama dengan kartel perbankan.

3. Agenda tersembunyi Federal Reserve System

Jika kita percaya, tujuan penubuhan Bank Pusat dan FED adalah untuk menstabilkan system perbankan dan ekonomi kita, maka mereka telah gagal, kerana ini bukanlah tujuan sebenar mereka. Tujuan sebenar mereka boleh dilihat pada empat objektif :

1. Memudahkan dan menambahkan kuasa bank – bank besar (big banks) di Wall Street.
2. Trend kepada pembentukan modal swasta.
3. Mengurus bailout – pelan penyelamat keatas ahli – ahli kartel yang bermasalah dengan menggunakan wang pembayar cukai.
4. Menambah kuasa dengan membeli kepentingan melalui kekayaan dari tiga objektif diatas.

Federal Reserve System ditubuhkan oleh tujuh orang individu dengan mereka , ketika itu, memiliki 25% dari kekayaan dunia. Akta FED diubahsuai lebih dari 100 kali sejak ia ditubuhkan , kita lihat sekarang, kuasa FED adalah terkuat sepanjang sejarah bila berlaku krisis kredit ini.

Adakah mereka berjaya mencapai objektif 1 mereka ? Ya mereka berjaya. Walaupun ada bank disana sini tetapi sangat kerdil berbanding di New York.
Akta Federal Reserve dicipta oleh kartel perbankan. Ini seolah – olah menjemput serigala membina rumah untuk ayam dan membuat system kawalan untuk ayam tersebut.

Apa yang perlu kita sedari bahawa FED sebenarnya adalah kartel perbankan. Apa yang mereka buat ialah menggunakan perkataan federal (bunyi macam milik kerajaan), reserve seolah – olah ada rizab simpanan dan system seolah – olah ada 12 kawasan bank yang berpusat di New York.

2. Pembentukan modal swasta (Private Capital Formation)
Pada akhir abad ke 19 , korporat dan individu lebih cenderung untuk melakukan simpanan kecil dari keuntungan mereka bagi melabur dalam R&D. Pada masa itu bank – bank gelisah mencari jalan bagaimana korporat dan individu dapat memberikan wang mereka kepada bank untuk dipinjamkan kepada orang lain. ( Bank mendapat untung melalui interest atas pinjaman ). Mereka akui cara yang efektif ialah dengan menurunkan interest rate. Tetapi ketika itu adalah mustahil untuk melaksanakannya kerana orang ramai berinteraksi dengan emas dan perak. Sukar mempengaruhi manusia lain ketika emas dan perak tertakluk kepada demand and supply. (Permintaan dan bekalan )
Jadi mereka mempengaruhi manusia untuk mendapat kuasa dengan mengatakan kita perlu kepada matawang yang stabil. Matawang yang stabil bagi mereka ialah wang atas angin dan kuasa menurunkan dan menaikkan interest rate dibawah bidang kuasa Bank Pusat.

Inilah permulaan kepada rizab berkanun (fractional banking). Mulanya mereka meletakkan rizab pada emas dan perak pada 30%, naik 60% dan, dibawah president Nixon awal 70an, mereka putuskan terus dan menjadi pure wang FIAT, tidak ada lagi rizab pada emas atau perak.

Dengan menurunkan interest, mereka berjaya menarik perniagaan dan individu meminjam pada rate yang rendah. Apa yang tidak diketahui orang ramai ialah interest boleh naik kemudian dan ekonomi boleh jadi menurun. Orang ramai akan menghadapai kesukaran membayar ketika interest naik dan ekonomi merudum.

Mereka berjaya dalam objektif no. 2 !.
Hari ini perniagaan dan individu menghadapi masalah untuk membayar hutang mereka. Yang menghadapi kebangkrupan cukup tinggi. Wang lebih banyak dikeluarkan untuk membayar hutang dari membayar dividen untuk pemegang saham. Seluruh dunia menghadapi krisis kemelesetan global.
Bursa saham merudum seluruh dunia, individu dan dana pencen melihat harta mereka hilang dan kerajaan – kerajaan mendapati hutang mereka semakin membimbangkan.

Mereka telah berjaya membuang trend aliran kewangan R&D. Jelasnya , krisis kredit ini memperlihatkan bahawa dunia sebenarnya dibina atas hutang dan dengan membekukan kredit akan membawa kepada kemusnahan total kepada ekonomi.

Ketika kerajaan – kerajaan dunia sibuk menyelamatkan bank – bank (bailout), kesan tahap kedua keatas korporat besar mula nampak. Pelanggan tidak berbelanja, barang tidak terjual, gaji tidak dapat dibayar dan hutang gagal dilunaskan kepada bank. Kita melihatnya sekarang dan saya rasa impaknya lebih besar daripada apa yang telah berlaku kepada bank – bank. Lihat pada gergasi ekonomi seperti GM, GE dan Ford.

Ini semua berlaku kerana kartel perbankan berjaya menukar shif trend dari R&D.

3. Permainan yang dipanggil"Bail-Out"

Objektif ke 3 FDR ialah korporat bailout. Jika bank, korporat atau mana – mana Negara dunia ketiga menghadapi masalah hutang yang banyak kepada kartel perbankan, FDR akan pergi ke Kongres dan menyuruh mereka menyelamatkan bank atau korporat tersebut kerana jika tidak ribuan rakyat Amerika akan hilang pekerjaan, bank yang terlalu besar jika jatuh boleh membawa kesan domino dan menjatuhkan banyak bank.
Jika kamu melihat TV dan suratkhabar , kamu akan lihat fenomena ini (bailout) di seluruh dunia.

Morgan Stanley, AIG, Freddie Mac, HBOS, Bank of Scotland antara sebahagian yang disebut. Oleh kerana Kongres tidak mahu bertanggungjawab keatas apa yang berlaku, merekamula menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamat bank dan korporat.

Kerajaan Eropah beberapa bulan dahulu berjanji menyuntik European 2.7 trillion US dollar untuk menyelamat system perbankan mereka. Amerika sudah membelanjakan 300 billion US dollar dan berjanji menyuntik 700 billion lagi pada masa terdekat. Ini tidak termasuk Russia dan lain – lain kerajaan. Ini tidak meninggalkan kesan lansung kepada saham yang merudum seluruh dunia. Apabila syarikat pengeluar seperti GM atau GE mula menghadapi masalah, kita akan lihat krisis ini akan menjadi parah.

Ini semua kerana leverage fractional banking tanpa had. Kita semua akan menjadi mangsa hiperinflasi secara besar – besaran. Ketika kerajaan menyelamatkan bank – bank dan korporat besar, kitalah akan menjadi mangsa . Tetapi tiada siapa ya membantah dan tiada revolusi pun yang berlaku. Adakah kita akan melihat sahaja ?

4. Riba sebagai kunci kepada kuasa – Asas kepada FIAT Banking

Lihat pada cth. ini dan apakah kesannya kepada kita:
Rumah 100 ribu : 30 ribu USD untuk tanah dan 70 ribu USD untuk kontraktor.
Deposit 20 ribu dan pinjamam 80 ribu dengan gadaijanji 30 tahun dengan interest 10 %.

Bank mendapat 172 ribu USD keuntungan dari interest. (2.5 kali ganda dari kos barangan dan buruh)

Kita mesti menyangka bahawa Bank tidak dapat menggunakan 80 ribu USD selama 30 tahun kerana wang tersebut telah dipakai orang. Time value money. Tetapi bukan wang ini tuan – tuan, wang ini sebenarnya tidak ada dan dicipta atas angin.

Cuba tuan – tuan darabkan dengan setiap rumah, bangunan, kilang, peribadi, pinjaman korporat , kerajaan , gudang, peralatan, kapal laut, kapal terbang, pelaburan dan kamu tak terbayang lagi bagaimana nak menghitung kekayaan mereka. Kamu akan ingat yang kaya semakin kaya, sebenarnya ini bukanlah tujuan mereka dengan wang ini. Kalau kamu memiliki semua wang yang ada, apalagiyang kamu hendak ? KUASA Mereka membeli pengaruh, membeli manusia, organisasi, kerajaan, pencetakan , media, NGO dll – namakan apa sahaja. Matlamat terakhir mereka ialah New World Order, Satu kerajaan dunia, satu mahkamah, satu pengutip cukai , dan satu matawang !

Thursday, November 13, 2008


Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh,